بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
Alhamdulilah , diberi serba sedikit ilmu .. Oleh kakak-2 twitter .. Tak tahu tetibe nak tanya soalan pasal Nikah Gantung .. Alhamdulilah apabila semuanya terjawap apabila baca entry nih .. Alhamdulilaaah sangat-sangat :)
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah
lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada
orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah
tidak tepat.
Akibat dari cara khitbah yang salah
telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling"
(dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada
yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk
kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu
hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu
amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah,
takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi.
Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang
berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh
putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.
Apabila
persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang
skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari
duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang
makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak
bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh
beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung
mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya
bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara
literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan
pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan
untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah
yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah
s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di
Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
hubungan
pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap
sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang
bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan
bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang
bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan
cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan
serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan
ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran,
kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut
pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza
dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan
orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad
nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah
kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai
majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah
suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk
mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut
diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika
ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu
konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun
agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi
kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda
asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak
perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk
menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya,
kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa
sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah
pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan
paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman
anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini
fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang
berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar
harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan
banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi
malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran,
rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah
maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa
moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti
jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan
penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang
menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan
kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu
untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara
yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun,
membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka
mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya
sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan
panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit
masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara
maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas
rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara
pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa
sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati
dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada
7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya
tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama
(ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab
tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan
tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami
meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada
bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden
yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan
oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji