Speakers of Islam

"ROLE MODEL"


 Kisah 1: Nabi Musa a'laihissalam bersama kaumnya.

Setelah Nabi Musa عليه السلام & kaumnya terselamat dari Firaun & bala tenteranya dengan menyeberangi Sungai Nil (Mesir), mereka berada di Sinai buat seketika. Kemudian Nabi Musa عليه وسلم mengajak mereka pergi ke Kota Arika (Jericho) untuk menetap di sana.

Apa jawapan Bani Israil itu?

Mereka berkata: "Wahai Musa, kami sekali² tidak akan memasukinya buat selama²nya selagi mereka berada di dalamnya. Oleh itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu & berperanglah kamu berdua. Biarlah kami duduk di sini menunggu sahaja." - Al-Maidah: 24.


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama para sahabatnya.

Ketika Baginda صلى الله عليه وسلم mendapat khabar Quraisy menghantar tentera untuk memerangi mereka, semua para sahabat memberi sokongan. Abu Bakr رضي الله عنه bangkit & berjanji setia kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم & meminta agar perjuangan diteruskan.

Salah seorang sahabat yang bernama Miqdad رضي الله عنه berkata: "Wahai Rasulullah, teruskan apa yang diperintahkan Allah. Kami tidak akan berkata sepertimana Bani Israil berkata kepada Nabi Musa عليه وسلم (baca di dalam kisah 1 di atas).

Akan tetapi kami akan berkata: "Pergilah kamu & Tuhanmu, kami akan turut bersama berjuang. Demi Allah wahai Muhammad, sekiranya tuan membawa kami berperang sampai Birakil Rimad sekalipun kami akan tetap bersamamu. Tidak akan ada di kalangan kami yang akan menarik diri."

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم & para sahabat gembira dengan ucapan Miqdad itu.

Namun Baginda صلى الله عليه وسلم terus meminta pendapat para sahabatnya. Lantas bangkit Saad bin Muaz رضي الله عنه (berusia 17 tahun) berkata: "Wahai Rasulullah, seolah² tuan maksudkan kami daripada kalangan Ansar."

Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ya, benar."

Saad berkata: "Wahai Rasulullah, demi Allah jika tuan membawa kami menyeberangi lautan sekalipun, pasti kami akan mengikutimu.

Wahai Rasulullah, ada di kalangan kami -Ansar- yang masih berada di Madinah. Jika mereka mengetahui bahawa tuan keluar kali ini untuk berperang, nescaya tidak akan ada seorang pun yang akan tinggal di Madinah. Pasti mereka akan turut serta keluar bersamamu untuk berperang."


Allahu akbar, itulah para sahabat رضي الله عنهم daripada kalangan Muhajirin & Ansar. Hidup mulia dengan Islam & mati bergaya dengan syahid. Mereka adalah "role-model" kita di dalam mencintai Baginda صلى الله عليه وسلم dengan sebenar² cinta.